Alfalfa Complex
Sumber Nutrien & Klorofil Asli
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien.
Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien
dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula
mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis
semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium,
fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik
Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
- Sumber alfalfa semula jadi
- Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang
berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang
dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau
menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan
kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

0 comments:
Post a Comment