Keunikan Shaklee
Falsafah Produk Shaklee
Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan
mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat
ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula
jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih
sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan
menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan
anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan
rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus
khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti
berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

0 comments:
Post a Comment