Breaking News
Loading...
Wednesday, 29 April 2015

CARA MUDAH MENURUNKAN BACAAN KENCING DI ZAMAN MODEN

CARA MUDAH MENURUNKAN BACAAN KENCING MANIS SUPAYA TAK PERLU POTONG KAKI



Tahukah anda bahawa 1 daripada 7 rakyat Malaysia kini menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes? Ya. Dan apa yg lebih menggerunkan adalah, semakin ramai rakyat Malaysia yg menghidap penyakit kencing manis pada masa kini terdiri daripada golongan muda yg masih aktif bekerja. Mengapa? Kerana majoriti rakyat Malaysia semakin tidak mengamalkan gaya hidup & pemakanan yg sihat. Kita terlalu banyak meminum air kotak, jus, air berkarbonat dalam tin, kuih-muih, teh tarik, nasi tinggi kanji, merokok serta kurang minum air kosong & malas bersenam. Sebelum terlambat, kita perlu mengambil langkah untuk menurunkan bacaan kencing manis kita. Jika tidak, anda harus menanggung akibatnya, malah mungkin boleh kehilangan kedua-dua belah kaki anda!

kencing manis


Berapakah bacaan paras gula yg normal?

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad (rujuk artikel berkaitan di sini), bacaan paras gula yg normal bagi seseorang yg tidak hamil adalah di bawah 5.5mmol/L apabila seseorang itu berpuasa. Jika diuji 2 jam selepas makan, bacaan paras gula normal adalah kurang daripada 7.0mmol/L. Dan selepas 3 jam, bacaan tersebut sepatutnya menurun sehingga kurang daripada 6.0mmol/L.

Kebiasaannya, untuk menguji sama ada seseorang itu benar-benar mempunyai kencing manis ataupun tidak, adalah dengan mengambil ujian Oral Glucose Tolerance Test (OGTT). Dalam ujian ini, pesakit akan diminta untuk meminum air gula. Bacaan paras gula akan diambil sebelum dan selepas pesakit meminum air gula tersebut. Jadual berikut menunjukkan indikator hasil bagi bacaan bagi ujian OGTT tersebut.

bacaan kencing manis

Jika anda mempunyai bacaan paras gula yg melebihi normal, maka ujian OGTT ini perlu diulang dalam tempoh masa tertentu mengikut konsultasi doktor anda.

Apakah risiko yg anda hadapi apabila menghidap kencing manis?

Ada 9 risiko merbahaya yg mungkin akan anda hadapi apabila anda menghidap kencing manis, iaitu:

  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Pandangan mata yg semakin kabur - boleh menjadi buta akhirnya
  • Komplikasi/serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Koma
  • Angin ahmar/stroke
  • Penyakit saraf (neuropati)
  • Gangrene (sebahagian tubuh menjadi hitam & mati)
  • Anggota badan dipotong (kebiasaannya akibat luka yg dijangkiti kuman dan sukar sembuh).

merawat kencing manis
Luka yg amat mudah dijangkiti kuman dan merebak sering terjadi kepada pesakit kencing manis. Luka ini amat sukar untuk sembuh. Akhirnya, anggota badan yg terlibat biasanya harus dipotong untuk mengelakkan jangkitan yg lebih teruk lagi.


Bagaimanakah cara mudah untuk menurunkan bacaan kencing manis supaya tidak lagi berhadapan risiko berbahaya tersebut?

Terdapat beberapa petua tradisional & tips moden untuk menurunkan bacaan kencing manis dengan mudah. Hampir kesemuanya melibatkan pemakanan dan perubahan gaya hidup yg lebih sihat.

1. Kurangkan mengambil makanan tinggi kandungan gula - seperti kuih-muih, air tin/kotak, gula-gula, susu pekat manis, serta minuman di restoran.

punca kencing manis
Perbandingan kandungan gula dalam beberapa jenis air minuman di pasaran


2. Perbanyakkan minum air kosong - sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan seharusnya lebih apabila anda mempunyai berat badan berlebihan.
3. Kurangkan makan di restoran atau di kedai makan. Perbanyakkanlah memasak sendiri makanan di rumah - ini membolehkan anda mengawal sendiri jumlah gula yg dimasukkan ke dalam makanan & minuman anda.
4. Menukar beras biasa anda kepada beras perang atau beras basmathi yg lebih rendah kandungan kanjinya. Tukar juga gula pasir anda kepada gula perang.
5. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran yg membantu mengurangkan paras gula seperti brokoli, peria katak, bayam & kekacang hijau.
6. Perbanyakkan mengambil 'Superfood' yg boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah seperti yogurt, roti bijirin penuh, minyak zaitun mentah, oat serta buah-buahan sitrus seperti lemon & limau.

superfoods


7. Mengamalkan mengambil bawang putih (petua tradisional Cina). Tetapi, jika nak mujarab, haruslah mengambil 4-5 biji bawang putih dalam sehari.
8. Mengambil sirap Vivix Shaklee. Kajian klinikal membuktikan bahawa Vivix Shakleeadalah antioksidan yg sangat kuat dan amat membantu menurunkan bacaan kencing manis dengan mudah serta dalam masa yg singkat. Vivix juga membantu untukmemperbaiki sel-sel yg telah rosak serta membantu pertumbuhan sel baru yg lebih elok & sihat.

Telah banyak testimoni yg menunjukkan keberjayaan menurunkan bacaan kencing manis dengan berkesan dengan pengambilan Vivix. Dan 99% pesakit kencing manis yg telah mencuba Vivix merasakan ini adalah pilihan yg paling mudah untuk diamalkan iaitu dengan hanya pengambilan 1 sudu kecil sahaja setiap hari. Manakalakesannya pula dapat dilihat seawal 1-2 minggu.


Testimoni Vivix Shaklee membantu menurunkan bacaan kencing manis


Jom amalkan gaya hidup yg lebih sihat. Cegah kencing manis sebelum ia 'menghantui' hidup anda. Jika anda atau ahli keluarga anda sudah pun mempunyai masalah kencing manis, masih belum terlambat untuk mengamalkan cara mudah menurunkan bacaan kencing manis yg telah saya sarankan tadi. Malah, telah ramai sebenarnya yg memilih untuk mengamalkan Vivix yg berasaskan bahan semulajadi untuk mengurangkan bacaan kencing manis dengan cepat & mudah. Hanya 1 sudu kecil sahaja setiap hari dan anda akan menjadi semkin sihat & bebas dari belenggu kencing manis.

Jika anda ingin membuat pilihan bijak mencegah kencing manis secara mudah dengan Vivix, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya SEGERA melalu SMS/Whatsapp di 017-7751723 (AIDA). Kerana semakin anda bertangguh, semakin tinggi risiko anda untuk merana seumur hidup & mungkin anda akan kehilangan salah satu anggota anda kelak!

AIDA
PERUNDING VITAMIN KESIHATAN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Vitamin Sihat dan Cantik All Right Reserved