Breaking News
Loading...

Pemakanan Sihat

Penjagaan Diri dan Kecantikan

Penjagaan Berat Badan

Penjagaan Rumah

Produk Shaklee

Recent Post

Showing posts with label vitamin Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label vitamin Ibu Hamil. Show all posts
Tuesday, 12 May 2015
MANFAAT B COMPLEX SHAKLEE

MANFAAT B COMPLEX SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM WBT

SELAMAT PETANG SEMUA, KHASIAT B COMPLEX SHAKLEE AMAT DIPERLUKAN  DAN IA SANGAT BERBALOI, HARGA SANGAT-SANGAT MENARIK DENGAN KHASITA YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA,  JOM KITA INTAI-INTAI MANFAAT B COMPLEX NI





Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:


  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;



  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?



  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?


  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?


  • Ibu yang menyusukan
  • Ibu yang hamil
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Bagaimana mendapatkan B Complex Shaklee?

Banyak kan kelebihan vitamin B Complex Shaklee ni?

Sebotol B Complex mempunyai 120 tablet dan hanya berharga RM53.75. Kos penghantaran ke semenanjung Malaysia adalah RM6 dan RM8 ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan

WITH LOVE
SIHAT , CERGAS DAN BERTENAGA 
AIDA :019-7766685

Tuesday, 14 April 2015
Assalamualaikum. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu hamil di Malaysia mengidap kencing manis atau dikenali sebagai gestational diabetes ketika hamil. Hari ini kita luangkan masa ketahui info tentang diabetes ketika hamil.

APA ITU KENCING MANIS?

Kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, sementara lagi mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.



Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung, anda mungkin perlu menukar cara pemakanan bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan penggunaan insulin. Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:


·         Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.

  • ·         Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak. Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
  • ·           Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.
  • ·         Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.
  • ·         Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu) atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.
  • ·         Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
  • ·         Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.
  • ·         Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.



BAGAIMANA KENCING MANIS SEMASA HAMIL TERJADI?

Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.
Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:


  1. Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
  2. Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
  3. Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lah
  4. Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
  5. Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
  6. Pernah mengalami keguguran
  7. Umur melebihi 35 tahun
APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL?
Kencing manis semasa mengandung boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walau bagai mana pun, ujian air kencing dan darah semasa mengandung boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak. Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal semasa mengandung. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, sila berjumpa doktor secepat mungkin.


  • ·         Sentiasa dahaga
  • ·         Kehilangan berat badan
  • ·         Makan dalam kuantiti yang banyak
  • ·         Kerap kencing
  • ·         Keletihan tanpa sebab


BAGAIMANA KENCING MANIS DIRAWAT?

Anda harus mengawal aras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:
  1. ·         Mengubah cara pemakanan anda. Kebiasaannya, dietitician akan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis.
  2. ·         Mempunyai rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
  3. ·         Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, ia digunakan supaya anda mengetahui pemakanan yang diamalkan semasa mengandung boleh mengawal aras gula dalam darah atau tidak.
  4. ·         Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.

APAKAH SHAKLEE BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL?

Semestinya! Shaklee mencadangkan set mengawal jumlah gula (Sugar Control Set) yang sesuai untuk ibu hamil. Set ini mengandungi 3 supplements iaitu B Complex, Vita-Lea dan OsteMatrix.



Vita-Lea
120 tablet
Harga runcit RM94.08 inc gst 
Hubungi saya untuk harga paling murah! :)

  • mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.

B Complex
120 tablet
Harga runcit RM56.98 inc gst
Hubungi saya untuk harga berani mati! :)

  • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
  • Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi.
 
OsteMatrix
120 kaple
Harga runcit RM64.66 inc gst
Hubungi saya untuk harga istimewa
  • Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
  • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
  • sumber kalsium, mangnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis

ADAKAH KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL BERKEKALAN?
  • Kebanyakan wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung tidak akan mempunyai kencing manis lagi selepas bersalin. 
  • Keperluan insulin oleh badan selepas bersalin akan menurun disebabkan keseimbangan hormon dalam badan akan kembali kepada normal. 
  • Walau bagaimanapun, risiko untuk mendapat kencing manis dalam jangka masa terdekat adalah tinggi. 
  • 15-20% wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung didapati mempunyai kencing manis selepas setahun bersalin. 
  • Bagi mengurangkan risiko ini, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang mencukupi.
  • Jika anda mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda mungkin akan kembali kepada keadaan dan rawatan asal selepas bersalin. 
  • Jika anda mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung, terdapat kebarangkalian untuk anda terkena kencing manis lagi jika anda mengandung di masa hadapan


Hubungi saya untuk mendapatkan set ini.

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Aida Musfirdaus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pasir gudang johor/kelantan/terengganu
Shaklee ID [ No : 933301 ]
Contact No : 017-7751723
Email : aidabidin5752@gmail.com



Ibu Mengandung Senang Badan Lemah dan  Cepat Mengantuk

Ibu Mengandung Senang Badan Lemah dan Cepat Mengantuk

Ibu Mengandung Senang Badan Lemah, Letih, Cepat Mengantuk


Adakah anda selalu letih dan tidak bermaya? Sering rasa sudah cukup tidur tetapi tetap terasa mengantuk dan letih?     

Mari kita kaji apa sebab-sebab yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Antara punca-punca menyumbang kepada cepat letih, mengantuk, lesu dan susah fokus adalah :

  •     Cara pemakanan yang tidak sihat
  •     Tekanan hidup atau stres
  •     Kegemukan atau obesiti
  •     Pekerjaan yang memenatkan
  •     Insomnia
  •     Darah rendah/anemia
  •     Perokok tegar
  •     Mengambil kafein (kopi / teh) secara berlebihan
  •     Terlebih kerap mengambil makanan segera dan snack yang tidak sihat
  •     Tidak melakukan senaman harian
  •     Kurang minum air
  •     Sedang mengandung
  •     Pengambilan ubat-ubatan
 
Hari ini saya hendak fokus pada sebab-sebab ibu mengandung senang merasa badan lemah, cepat letih, dan selalu mengantuk ... 


  • Tidur yang tidak cukup– disarankan ibu mengandung tidur secukup-cukupnya iaitu dalam 7 hingga 8 jam.  Kembalikan tenaga anda dengan selalu mengambil nap time.
  • Tak cukup energy – ibu mengandung harus mengambil diet sihat dan makanan yang mencukupi. Diet yang seimbang membantu mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Paras glukosa dalam darah tidak boleh rendah, ibu mengandung akan terus menjadi lemah dan mungkin pitam kalau tahap glukosa dalam darah rendah.
  • Skip breakfast– ibu-ibu jangan skip breakfast! Jika rasa seperti tidak lapar, tidak boleh mengambil sarapan yang berat, sila makan sekeping roti, beberapa keping biskut mahupun  hanya minum segelas susu.  Anda perlukan tenaga untuk mengharungi kerja harian yang perlu disiapkan. 
  • Anemia (kurang darah merah) – anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja. Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

** Maklumat penyakit anemiaAnemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia


< 6.9 - Sangat teruk
6.9 < 8.0 - Teruk
8.0 < 9.5 - Sederhana
9.5 -10.5 - Ringan
  • Gangguan Emosi – Semua orang pernah mengalami tekanan. Ibu hamil senang menghadapi gangguan tekanan emosi. Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa. Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan seseorang, ia juga memudaratkan kesihatan. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.
  • Alahan (disebabkan hormon)- Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan. Contohnya, alahan hidung biasanya berlaku pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah hidung tersumbat, gatal dan hidung berair. Semua ini akan melemahkan sistem imun si ibu mengandung. 
  • Dehidrasi – jika kurang minum air, ibu-ibu akan rasa dehydrated.  Dehidrasi ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Air sumber tenaga dalam badan. Dehidrasi akan menyebabkan aktiviti enzim/aktiviti penyerapan protein di dalam badan menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan seseorang terasa amat penat dan letih. Ia bukan masalah ringan. Menurut Dr. Zubaidi (http://drzubaidi.com) Dehidrasi teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama ketika awal kehamilan.


** Ada beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil yang disarankan Dr.Zubaidi.
Antaranya ialah :
  • Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.

  • Minum sebelum rasa haus.

  • Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.

Jadi, secara ringkasnya ibu-ibu perlu menjaga pemakanan, dan bersenam setiap hari untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya.

Lakukan kedua-duanya dengan konsisten setiap hari agar badan sentiasa sihat, cerdas dan cergas.
Selain itu ibu-ibu hamil harus amalkan pengambilan supplement untuk mempertingkatkan sistem imun.
        






Jadi, apa yang harus ibu hamil mengambil untuk mempertingkatkan sistem imun sepanjang kehamilan?


  • Vitamin C -  meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

  • B Complex - lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik penting untuk pembinaan tulang janin, dan mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu hamil memerlukan minimum 400mg asid folik sehari. 

  • Vitalea - multivitamin diperkayakan dengan iron (zat besi) khususnya bagi mengatasi masalah anemia sepanjang kehamilan. Ia juga bagus bagi menjaga pembesaran janin. Vitalea paling terkenal untuk ibu-ibu yang perlu menjaga atau menstabilkan bacaan HB.     
  • Zink - Membantu menghasilkan insulin dan enzim dalam tubuh

** Cara pengambilan ialah :
    1 biji sehari, untuk setiap satu Vit-C, B-Complex, Vitalea dan Zink

Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian supplement yang terbaik untuk ibu mengandung.




Apa lagi vitamin lain yang boleh ibu-ibu mengandung consider ambil?

  • Performance Drink - mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Ianya minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan. Ia mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Formula unik Shaklee iaitu Opticarb membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam dara



             Performance Drink sangat bagus untuk mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Especially for pregnant mum.

SID








Copyright © 2015 Vitamin Sihat dan Cantik All Right Reserved