Breaking News
Loading...

Pemakanan Sihat

Penjagaan Diri dan Kecantikan

Penjagaan Berat Badan

Penjagaan Rumah

Produk Shaklee

Recent Post

Showing posts with label tips kesihatan umum. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan umum. Show all posts
Monday, 3 August 2015
ELAK PERUT BUNCIT

ELAK PERUT BUNCIT

TIPS ELAK PERUT BUNCIT





Perut buncit adalah masalah yg paling 'ditakuti' oleh ramai orang terutamanya wanita. Akibat perut buncit, seorang wanita mungkin tidak muat lagi untuk menggayakan kebaya ke majlis-majlis keraian. Keadaan ini boleh mengakibatkan stress tau..

Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit seperti diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.
Berita baik!! Di sini saya kongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda ye:

1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara makanaan yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yangnbanyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal!

6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !
BAKAR LEMAK DAN DETOKS

BAKAR LEMAK DAN DETOKS

TIPS KURUS : DETOKS & BAKAR LEMAK DI HARI RAYA

Dah puas makan rendang, kuah kacang & kuih-muih di Hari Raya ni? Ooops.. Menyesal sebab makan mengikut nafsu? Maklumlah, sebelum ni dah sebulan berpuasa kan.. Hehe.. Bila raya ni la nak 'balas dendam' makan macam-macam kan.. Lagipun, setahun sekali je kan dapat makan lemang, ketupat & rendang bagai tu kan..
Tapi AWAS!! HIDANGAN SETAHUN SEKALI ITU MAMPU MEROSAKKAN TAHAP KESIHATAN ANDA SEUMUR HIDUP jika tidak dikawal tau! Lemak & minyak yang terkandung di dalam rendang, kuah kacang & lemang boleh menyebabkan tekanan darah serta tahap kolesterol dalam darah meningkat! Akhirnya, salur jantung anda juga boleh tersumbat. Dan anda menghadapi risiko yang sangat tinggi untuk mendapat serangan jantung!!
Jom saya bantu anda kekal sihat sepanjang raya ni! Bukan setakat berat badan tak meningkat, malah tahap kolesterol, tekanan darah & kesihatan jantung pun terpelihara tau.. Dalam erti kata lain, anda terselamat dari risiko diserang serangan jantung tau akibat dari makan lemak & minyak berlebihan. Jangan sangka usia anda masih muda anda terselamat dari serangan jantung tau.. Sebab tahap kolesterol yg tinggi tidak mengira usia..
Jom saya bantu untuk anda lebih sihat & hidup lebih lama lagi demi orang yg tersayang dengan SET DETOKS & JANTUNG SIHAT Shaklee! Set ini mengandungi hanya 3 supplement 'power' yang boleh 'menyelamatkan' jantung & nyawa anda. Set ini mengandungi:
1. OMEGA GUARD - minyak omega-3 yang mampu membantu anda memelihara kesihatan jantung & mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
2. LECITHIN - membantu membakar lemak di dalam badan serta lemak di dalam pembuluh darah. Ia membantu melancarkan peredaran darah & mengurangkan tekanan darah.
3. ALFALFA COMPLEX - 'Raja Segala Tumbuhan' yang membantu membuang toksin di dalam badan agar badan mampu menyerap segala vitamin & mineral dari makanan yang diambil secara optimum. Membantu melancarkan sistem perkumuhan & melawaskan pembuangan najis.




Untuk maklumat lanjut dan tembahan, anda boleh:
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 019-7766685 
Facebook Page: Aida musfirdaus 
Shaklee ID: 933301
Perunding Vitamin Anda
Tuesday, 9 June 2015
GOUT : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

GOUT : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

GOUT : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

FEB


Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.



Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara mengatasi

  • Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).
  • Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  • kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  • Bersenam



Supplemen yang dicadangkan

  1. Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
  2. OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
  3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
  4. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


YANG PERLU ANDA TAHU!

Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Monday, 1 June 2015
AWAS! CIRI-CIRI PRODUK KOSMETIK YG MENGANDUNGI MERKURI BERBAHAYA!

AWAS! CIRI-CIRI PRODUK KOSMETIK YG MENGANDUNGI MERKURI BERBAHAYA!

AWAS! CIRI-CIRI PRODUK KOSMETIK YG MENGANDUNGI MERKURI BERBAHAYA!

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Pantang ada produk kecantikan terkini yg menjadi fenomena di pasaran, memang lajuuu je ramai yg nak mencuba. Apatah lagi bila disertakan testimoni-testimoni 'menggoda' yg menjanjikan kesan yg pantas seperti "Cerah dalam 3 Hari Sahaja!" atau "Jerawat & parut hilang dalam 2 Hari!" ataupun "Kulit Tegang & Flawless dalam 4 Hari!". Haaaa.. memang makin lajuuulah orang perempuan beli. TANPA MEMIKIRKAN apakah 'bahan rahsia' dalam kosmetik/krim tersebut yg kononnya boleh menjadikan kesannya begitu 'hebat' sekali dalam masa yg singkat. AWAS YE!! Kerana produk-produk yg menjanjikan 'kesan hebat segera' seperti ini biasanya PASTI mengandungi bahan terlarang yg dikenali sebagai MERKURI. Dan, merkuri dalam produk kosmetik atau krim kecantikan ini adalah AMAT BERBAHAYA ke atas kulit kita untuk kesan jangka panjang!


bahaya produk ada merkuri


APAKAH KELEBIHAN MERKURI?

Merkuri adalah sejenis bahan logam (raksa) yg boleh ditemui secara semulajadi di dalam batu-batuan serta beberapa sumber semulajadi yg lain. Sifat semulajadi merkuri adalah berwarna kekelabuan, tidak berbau, tidak larut dalam air serta mempunyai ciri alkohol.

Pada asalnya, pada zaman dahulu kala, merkuri digunakan untuk memutihkan kulit dari sejak zaman Mesir kuno lagi. Namun, lama-kelamaan industri kecantikan telah mula menyalahgunakan fungsi merkuri ini dengan memasukkan jumlah merkuri yg berlebihan dalam produk kosmetik bagi menjadikan produk yg dijual kononnya lebih cepat menampakkan kesan dan sekaligus meningkatkan jualan! Ketamakan & salah guna inilah yg akhirnya menjadikan wanita yg terlalu terdesak ingin menjadi cantik 'kelabu mata' lantas terpengaruh dengan kempen/promosi 'hebat' produk seumpama ini.


KESAN MENGGUNAKAN PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI

Produk kosmetik seperti krim siang/malam yg mengandungi merkuri sememangnya diakui akan memberikan kesan yg amat memuaskan dalam jangka waktu yg singkat. Namun sebenarnya, penggunaan merkuri berlebihan terutamanya yg terkandung di dalam produk kosmetik adalah amat berbahaya; terutamanya bagi jangka masa panjang. Kesan buruk akibat penggunaan merkuri ini dipanggil sebagai 'keracunan merkuri'. Antara kesan buruk penggunaan kosmetik yg mengandungi merkuri adalah:


  • Kulit menjadi semakin rosak (gatal-gatal atau timbul bintik-bintik) jika anda berhenti menggunakan produk tersebut.
  • Kulit menjadi kusam dan kehitam-hitaman seperti lebam; lebih teruk dari sebelumnya jika berhenti menggunakan produk.
  • Menyebabkan kanser kulit.
  • Kegagalan buah pinggang - kerana walaupun bukan dimakan, namun merkuri mudah meresap ke dalam kulit dan masuk ke dalam sistem aliran darah manusia.
  • Meningkatkan potensi hilang daya ingatan.
  • Merencatkan pertumbuhan janin bagi ibu mengandung.
  • Emosi yg tidak stabil.
  • Mengakibatkan kerosakan saraf.
  • Perpeluhan luar biasa, degupan jantung semakin laju & tekanan darah tinggi.



APAKAH CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?

Secara asasnya, anda sepatutnya membaca & memeriksa terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:


  1. Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
  2. Tidak homogen. Bila ia dibiarkanlama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
  3. Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
  4. Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
  5. Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
  6. Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
  7. Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
  8. Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
  9. Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.



kesan merkuri dalam produk kecantikan
Krim mengandungi merkuri akan kelihatan berkilau/bling-bling bila disapu pada kulit

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli.


Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila.

Bagi saya pula, saya lebih selesa menjaga kecantikan dari dalam dengan mengambil supplemen yg baik untuk kulit & kesihatan keseluruhan. Untuk penjagaan luaran pula, Nutriwhite SkinCare adalah set TERBAIK untuk kulit normal/kombinasi seperti saya. Kesemua yg saya gunakan dijamin halal, selamat & berkesan tanpa kesan sampingan. Malah ia telah diuji & disahkan secara klinikal oleh pakar nutrisi & pakar kulit. 



Copyright © 2015 Vitamin Sihat dan Cantik All Right Reserved