Breaking News
Loading...

Pemakanan Sihat

Penjagaan Diri dan Kecantikan

Penjagaan Berat Badan

Penjagaan Rumah

Produk Shaklee

Recent Post

Showing posts with label INFO SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label INFO SHAKLEE. Show all posts
Thursday, 14 April 2016
MINUMAN ISOTONIK DARI SHAKLEE

MINUMAN ISOTONIK DARI SHAKLEE


Assalamualaikum wbt

Nak tanya, adakah anda peminat minuman isotonik yang berada di pasaran?
Jika jawapannya YA, itu adalah petanda yang bagus!

Minuman isotonik adalah pembekal tenaga yang pantas dan boleh mengelakkan dehidrasi akibat kekurangan cecair didalam tubuh badan

TAPI

Tahukah anda, kebanyakan minuman isotonik (baca: 95% mungkin) mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan berkarbonat?

Benar, itu adalah fakta yang boleh dilihat sendiri di bahagian 'Nutrisi Produk' yang dilabelkan di setiap botol.

APA ALTERNATIF YANG ADA?

Bertukarlah kepada Performance Drink yang dirumus khas oleh Shaklee!


Apakah Performance Drink?

Performance Drink merupakan minuma isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima

Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak. Menarik bukan?


Apakah kelebihan Performance Drink?

Sangat banyak jika dibandingkan dengan minuman isotonik biasa. Antara kelebihannya adalah:




  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Tidak mengandungi lemak
  • Tidak mengandungi kolestrol
  • Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus. 
  • Membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa)
  • Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya? Tubuh lebih bertenaga dan cergas!


Apa lagi kebaikan yang diperolehi dengan mengambil Performance Drink?

Rajah dibawah menjelaskan lagi kebaikan dan manfaat pengambilan Performance Drink:




Siapakah yang sesuai mengambil Performance Drink?

Beberapa golongan di bawah ini disarankan untuk mengambil Performance Drink:

Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (minum air pun muntah)
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang aktif bersuka
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Mereka yang kurang sihat (demam, selsema dsb)
  • Kanak-kanak yang demam
  • Mereka yang gemar minuman isotonik (altenatif yang lebih sihat)
AMARAN: Performance Drink tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawa
Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks

Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks

Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian..


Proses detoksifikasi juga merujuk kepada proses pembersihan badan daripada toksin yang bertujuan untuk menyingkirkan toksin daripada badan yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan.

Detoksifikasi selalunya melibatkan amalan seperti kawalan diet, berpuasa, mengambil atau mengelakkan makanaan tertentu (seperti lemak, karbohidrat, bauh, sayur, jus, herba, gula ringkas, kafein atau larut air), pembersihan kolon dan laksatif.

Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks

Hari ini perkataan detoks telah digunakan dengan begitu meluas bagi amalan diet, berpuasa atau prosedur yang dikatakan dapat mengawal metabolisme, mengurangkan berat badan dan menyingkirkan toksin daraipada tubuh.


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip dan cara yang mudah dan lebih selamat untuk detoks secara semulajadi: 

  • Minum air kosong dengan banyak. Ramai yang sukar nak minum air kosong banyakkan. Saya tahu ramai yang lebih suka minum air manis. Ada orang sampai ketagih. Sehari tak minum air manis memang tak boleh. Bahaya tau. Air ni berfungsi untuk bantu mengeluarkan segala toksin dan racun di dalam tubuh kita melalui pembuangan air kencing dan najis. Kalau dah minum air sikit camne proses detoks boleh berlaku kan.
    Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks

  • Amalkan pengambilan makanan tinggi serat. Serat ni akan berfungsi menyerap pelbagai jenis toksin dan seterusnya menyingkirkan kotoran yang ada di dalam tubuh kita dengan segera. Buahan dan sayuran antara makanan yang tinggi serat.
  • Sayuran hijau terutamanya brokoli membantu hati anda mengeluarkan toksin. Brokoli sangat banyak khasiatnya. Ianya antara sayuran yang tinggi alkali. Jadi makan banyak pon tak ada masalah.
    Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks
  • Buah-buahan sitrus membantu menyahtoksin dan juga membersihkan hati. Setiap pagi mulakan hari anda dengan minum segelas air suam yang dicampur dengan jus lemon. Buah-buahan sitrus ni kaya dengan vitamin c. Vitamin C ni antara vitamin yang penting untuk detoks.
  • Tambah bawang putih dalam masakan. Jangan takut peluh berbau ye. Bawang putih berfungsi merangsang hati untuk menghasilkan enzim penting bagi menapis sisa-sisa toksik yang berkumpul dalam sistem penghadaman kita.
  • Ambil teh hijauTeh hijau ni mengandungi antioksida yang tinggi dan boleh bantu proses detoks. Teh hijau juga ada antioksidan yang bernama cathechins yang membantu fungsi hati.
  • Cara Mudah Dan Selamat Untuk Detoks
  • Makan kacang hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh menyerap toksin.
  • Melakukan aktiviti fizikal. Bila badan kita berpeluh secara tidak langsung toksin dapat dikeluarkan melalui peluh.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak. Bukan mereka yang gemuk je kena kurangkan makanan tinggi lemak ni ye. Orang kurus pon kena kurangkan juga tau. Tak semestinya orang kurus ni tak ada kolesterol. Biasanya orang kurus ni la kolesterol tinggi tau sebab dia ni main bedal je makan. Maklumlah dia kurus ingat kolesterol tak ada la kan. 
  • Tidak merokok.
  • Tidak mengambil alkohol
  • Mengurangkan pengambilan makanan diproses. Zaman kita sekarang ni banyak sangat makanan yang diproses. Kadang-kadang itulah yang menjadi hidangan kita setiap hari. Sangat tidak baik untuk kesihatan jangka panjang. Nama dah makan proses mestilah ada bahan kimia, ada bahan pengawet nak bagi makanan tu kekak lama tak mudah rosak. 
Nak sihat ni kita kena la kawal sedikit nafsu makan kita. Betul tak? Ikutkan rasa lapar semua benda kita nak ngap. Tu yang ramai orang lebih suka makan makanan proses sebab cepat dan murah kan. Nak masak kadang-kadang penat, tak ada masa. 

Apa pun untuk jaga kesihatan kena la mula dari sekarang. Jangan tunggu sakit barulah nak pantang makan itu ini. Masa tu dah hilang la nikmat makan. Masa tengah sihat ni nak makan apa pon makan tapi jangan berlebihan. Janga melampaui batas. 

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jom kita amalkan hidup sihat tanpa ubat

Semoga tip yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua.

Kredit to Dr Zuriati Ibrahim Ketua Unit Dietetik dan Pensyarah Kanan, Jabatan Pemkanan & Dietetik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
RAMUAN TONIK AJAIB SAKLEE

RAMUAN TONIK AJAIB SAKLEE

Ramuan Semulajadi Di dalam Vivix Shaklee dan Fungsinya



Kandungan utama Vivix shaklee
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee sahaja ok.

Secara ringkasnya.. Vivix sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Kenapa DNA? Kerana hampir setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas.

Mari kita berkenalan dengan kandungan semulajadi yang terdapat di dalam VIVIX. 

#1 Muscadine Grape
Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom yang mana ahli sains percaya kekuatan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.

ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan bahan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

selepas dilakukan kaji selidik tambahan, jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. seterusnya kumpulan ini bersama ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.

Untuk mencipta profil polyphenolnya yang kuat di dalam Vivix ahli sains menggabungkan resveratrol yang paling tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah, dan Purple Carrot.
Mucadine Grape

Saiz Mucadine Grape sebesar bola golf iaitu lebih besar  dari anggur biasa

#2 Purple Carrot
Ianya adalah sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, anti-oksidan yang mustajab. 

Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak  anthocyanins terutama sekali bluberry yang mengandungi antioksidan yang amt tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam carrot yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Carrot ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi diikuti oleh carrot ungu-oren.

Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak di dalam semua jenis carrot. Ia dipercayai berfungsi mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Kajian menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Ia juga memberi kesan kepada saluran darah, platlet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari .

Purple Carrot Ramuan Semulajadi Vivix Shaklee

#3 Elderberry (Sambucus Nigra)
Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.

Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin memberi kesan antiradang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.

Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C dan nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. 

Selain dari menguatkan sistem imun, melawan jangkitan virus dan flu elderberry juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung. Ia juga mampu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.
Elderberry di dalam VIVIX SHAKLEE
 Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin memberi kesan antiradang
#4 Polygonum Cuspidatum
Juga dikenali sebaagi Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol. 

Ahli Sains telah membuat banyak kajian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
polygonum cuspidatum
Polygonum Cuspidatum
Manfaat Vivix Shaklee:


  • Perlindungan Antioksidan.
  • Menyokong Sistem Imun.
  • Menyokong Kesihatan Jantung.
  • Menyokong Sistem Kardioavaskular.
  • Menyokong Kesihatan Otak.
  • Menyokong Kesihatan Sendi.
  • Membantu Menghalang Kanser.
  • Mengurangkan Komplikasi Pesakit Diabetes.
  • Meningkatkan Kesihatan Mata.
  • Menyokong Kesihatan Keseluruhan.



untuk membeli sila klik link di bawah:


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."
Fungsi dan Kelebihan Utama Carotomax atau Vitamin A Shaklee

Fungsi dan Kelebihan Utama Carotomax atau Vitamin A Shaklee

Fungsi dan Kelebihan Utama Carotomax atau Vitamin A Shaklee













Carotomax Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik.
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.   

Fungsi dan Kelebihan Utama Carotomax:

#1 Lebih selamat dari vitamin A 
Vitamin A merupakan vitamin pertama yang yang ditemui iaitu pada tahun 1912. ahli saintis menemui beta karotene pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A dan beta karotene didapati selamat untuk pengambilan.

# Mempertingkatkan Penglihatan - 
ia menghasilkan "ungu visual" yanag mana mebolehkan seseorang itu mengekalkan penglihatan di dalam gelap. 

Carotomax Shaklee juga membnatu mengatasi masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbiopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, eye bags dan gegelung hitam pad akawasan bawah mata.

#3 Meredakan penyakit kulit - 
pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Carotomax juga boleh digunakan untuk merawat pustule, scabies dan ulser kulit.

#4 Melindungi epithelial - 
Carotomax membantu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan membnatu merawat ulser sluran usus.

#5 Melawan kanser dan oksidasi -
 Pengambilan secara kerap beta karotene mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan, dan meneyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. 

Ini mengurangkan risiko mendapat kanser terutama kanser paru-paru dan payudara. Yang pastunya Carotomax mampu mengurangkan serangan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

#6 Menghalang Infection (jangkitan) -
 Carotomax membantu merangsang enzim, membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondidi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.

#7 Menggalakkan perkembangan Normal dan sihat - Carotomax Shaklee membantu merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat dan gusi. Carotomax juga membantu merangsang sistem reproduksi dan penghasilan sperma yang sihat.

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

VITAMIN MEMBANTU CEGAH PENYAKIT LELAKI

VITAMIN MEMBANTU CEGAH PENYAKIT LELAKI

Jenis Vitamin Bantu Cegah Penyakit Bagi Lelaki

Vitamin untuk lelaki
Pengambilan suplemen dan vitamin pada hari ini adalah amat penting tidak kira lelaki atau perempuan. Kesedaran di kalangan orang lelaki untuk mengambil suplemen atau vitamin adalah kurang berbanding kaum wanita. 

Suplemen atau makanan kesihatan membantu anda mencegah pelbagai jenis penyakit walaupun anda mungkin mengambil masa sehingga enam bulan untuk melihat hasilnya. 

Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda tidak mengambil vitamin dan suplemen dalam diet harian anda. Lagi cepat anda bermula lagi awal keberkesanannya. 

Jom kita intai beberapa jenis vitamin dan mineral penting untuk kaum adam.

#1 KALSIUM
Kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan juga gigi. Bukan kaum wanita sahaja yaang perlu ambil kalsium. kaum lelaki juga berisiko mendapat penyakit berkaitan tulang belakang. Kalsium boleh didapati di dalam makanan seperti sayuran hijau, avokado, bendi, limau gedang (garpefruit) dan susu.

#2 BORON
Lelaki yang mengambil vitamin boron yang cuku dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser prostat sebanyak 96 peratus berbanding lekai yang kekuranagn boron dalam tubuh mereka. 

Boron juga berfungsi meningkatkan keupayaan daya ingatan dan penumpuan seseorang. Sumber makanan bagi boron ialah kismis dan kacang badam.

#3 ASID FOLIK
asid folik bukan sahaja penting diambil oleh wanita hamil untuk mengelakkan bayi dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. Asid Folik bagi lelaki dewasa membantu mengelakkan Alzheimer. 

Ia juga membantu mencegah berlakunya arteri tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak denagn mengekalkan tahap homocysteine. Tahap homocysteine yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung. 

Sumber makanan bagi asdi folik ialah seperti bijirin, broccoli, bayam, asparagus, pisang, lemon, cendawan, jus orange, jus tomato dan daging.

#4 SELENIUM
Selenium berfungsi melawan kanser kerana sifatnya yang antioksidan. Pengambilannya yang mencukupi berdasarkan dos yang dicadangkan membantu untuk menurunkan kanser prostat, kolon dan paru-paru. 

Sumber makanan selenium ialah seperti ikan aiar masin (tuna, kod, herring dan red snapper), daging lembu, ayam, itik, bijirin, walnut dan sebagainya.

#5 VITAMIN E
Vitamin E ialah antioksidan yang paling berkuasa. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan alzheimer. Makanan yang mengandungi vitamin E ialah bayam, asparagus, badam, tomato, dan brokoli. Kajian menunjukkan Viatmin E membantu mengatasi masalah kesuburan kaum lelaki.

#6 OMEGA-3
Omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk kesihatan jantung. Ia membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah dan mennurunkan kolesterol LDL. 

Omega-3 juga membantu memelihara kesihatan sendi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. 

Ia juga boleh merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

#7 ZINK 
Zink berfungsi melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. 

Kajian menunjukkan pengambilan zink setiap hari dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%. Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. 

Kekurangan zink boleh menyebabkan bilanagn sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan masalah keguguran rambut. 

Makanan yang mengandungi zink ialah seperti makanan laut, daging, produk susu, kekacang dan bijirin penuh.

Untuk mendapatkan KALSIUM dan BORON, anda boleh mengambil OSTEMATRIX SHAKLEE kerana di dalamnya buken sahaja mengandungi kalsium dan boron malah lengkap dengan magnesium, Vitamin D, fosforus, kuprum dan sebagainya.

 di adalam satu tablet anda mendapat ksemua vitamin penting untuk kesihatan tulang dan juga gigi. Klik di sini MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX SHAKLEE untuk mengetahui makluat lanjut mengenainya.



Manakala untuk mendapatkan suplemen asid folik anda boleh mengambil B-Complex Shaklee kerana di dalam terdapat asid folik atau vitamin B9 dan lengkap kesemua vitamin B lain yang diperlukan oleh tubuh kita. Klik di siniMANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE untuk maklumat lebih terperinci.
Selenium terdapat di dalam Vitamin E Shaklee. Jadi, anda tidak perlu membeli vitamin selenium dan vitamin E secara berasingan. Senangkan. Lebih jimat. Kklik di sini MANFAAT UTAMA ZINK COMPLEX SHAKLEE untuk maklumat terperinci mengenainya.

Anda boleh memperolehi vitamin Omega-3 dengan mengambil OMEGAGUARD SHAKLEE minyak ikan terbaik. Omega Guard Shaklee dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. 


Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi. 

Kaedah yang digunakan oleh Shaklee ini mampu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yang terdapat di dalam ikan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium,, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenil yang merupakan bahan kimia industri yang paling bertoksik). 

Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk memilih omega-3 dari Shaklee. 
Klik di sini MANFAAT UTAMA OMEGA GUARD untuk maklumat lanjut berkenaannya.

Manakala vitamin zink anda boleh mengambil ZINK COMPLEX SHAKLEE.
Klik link MANFAAT UTAMA ZINK COMPLEX untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin zink shaklee

Jadi, apa tunggu lagi. Jom dapatkan segera vitmin anda di sini sebelum kehabisan stok.

Untuk order sendiri anda boleh klik link di bawah ini. 


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Wednesday, 15 April 2015
vita-lea with iron formula

vita-lea with iron formula

KELEBIHAN VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE

Kandungan vitamin di dalam Vita-Lea merangkumi hampir keseluruhan keperluan badan. 



Vita-Lea
120 tablet
Harga runcit ialah RM93.28
Hubungi saya di 019-7766685 untuk harga menarik


APA VITAMIN YANG TERDAPAT DALAM VITA-LEA SHAKLEE?
  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

APAKAH KELEBIHAN VITA-LEA SHAKLEE?
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vita Lea Shaklee disalut dengan serbuk nutrisi~ spirulina.
  • Dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab".
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
SIAPA YANG PERLUKAN MULTIVITAMIN VITA-LEA SHAKLEE?
  • individu yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh.
  • individu yang tidak dapat diet yang seimbang / kekurangan nutrisi.
  • individu yang ingin meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • golongan dewasa, remaja sama ada lelaki dan wanita.
  • wanita hamil, bersalin, menyusu.
  • individu yang ada ANEMIA.
  • wanita yang sudah menopous.
BACA ARTIKEL LAIN TENTANG VITA-LEA YANG MUNGKIN MEMBANTU ANDA 


 Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Aida Musfirdaus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pasir gudang johor/kelantan/terengganu
Shaklee ID [ No : 933301 ]
Contact No : 017-7751723
Email : aidabidin5752@gmail.com




Copyright © 2015 Vitamin Sihat dan Cantik All Right Reserved