Breaking News
Loading...

Pemakanan Sihat

Penjagaan Diri dan Kecantikan

Penjagaan Berat Badan

Penjagaan Rumah

Produk Shaklee

Recent Post

Showing posts with label KESUBURAN WANITA. Show all posts
Showing posts with label KESUBURAN WANITA. Show all posts
Wednesday, 6 May 2015
Set Kesuburan Shaklee (Isteri & Suami)

Set Kesuburan Shaklee (Isteri & Suami)

Set Kesuburan Shaklee (Isteri & Suami)




Gaya hidup sihat, pemakanan atau diet seharian kita memang penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal sihat. Namun apabila kita melihat sekarang, gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan memaksa kita dengan kata lain kita disarankan wajib mengambil supplement seharian.Dalam kes kesuburan, dengan izin Allah .Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri yang belum mendapat cahaya mata adalah:


3. Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.

4. ESP (Protein) – Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma. Juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
Zinc digunakan juga untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.
7. Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


9. Ostematrix- Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 – Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplement adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
Sebarang persoalan dan pertanyaan, boleh hubungi saya dengan segera. InsyaAllah saya akan bantu anda & syorkan yg mane terbaik untuk masalah & keperluan anda..tidak perlu ambil kesemua supplemen ni..Pengambilan bergantung kepada keperluan dan diet seharia anda..
Jom Sihat dan Berjaya, 
sertai kamiBagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Aida Musfirdaus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pasir gudang johor/kelantan/terengganu
Shaklee ID [ No : 933301 ]
Contact No : 017-7751723
Email : aidabidin5752@gmail.com

MENGAPA LEWAT DAPAT ZURIAT,

MENGAPA LEWAT DAPAT ZURIAT,

MENGAPA LEWAT DAPAT ZURIAT, 


Kemandulan adalah suatu perkara yg agak sukar untuk dibicarakan dalam kalangan umum. Sesetengah orang beranggapan bahawa isu ini merupakan suatu perkara yg amat sensitif dan kurang enak untuk dibincangkan; terutamanya di kalangan mereka yg sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya yg tidak mampu untuk mendapat zuriat disebabkan oleh kemandulan. Manakala majoritinya pula hanya mengalami beberapa masalah berkaitan kesuburan yg boleh dirawat.




Kebiasaannya, 84% pasangan yg tinggal bersama akan mendapat cahaya mata dalam masa setahun perkahwinan mereka. Peratusan ini akan berkurangan untuk jangka masa yg seterusnya. Manakala bagi pasangan yg sudah lebih 2 tahun berkahwin, dan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan kehamilan, tetapi masih belum mendapat zuriat, mereka dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan sesi akunseling ataupun rawatan bersama doktor. Sebaiknya pemeriksaan dan rawatan ini dilakukan bersama doktor pakar gynaecology & obstetrik (pakar sakit puan). Pemeriksaan bersama doktor pakar ini akan lebih terperinci dan lebih bertepatan dengan tujuan utama anda untuk mendapatkan cahaya mata. Anda juga tidak perlu membazirkan masa & wang untuk ke sana ke mari mendapatkan nasihat & rawatan daripada beberapa doktor yg tidak pakar dalam bidang ini.



Apakah antara punca lewat mendapat anak atau zuriat?



Ada beberapa persoalan yg perlu diketahui oleh setiap pasangan suami isteri; khususnya yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat iaitu:

1. Adakah si isteri menghasilkan ovum? Tahukah anda bahawa tiadanya penghasilan ovum (anovulation) menyumbangkan 21% kepada faktor kelewatan hamil atau kemandulan!

2. Adakah si suami menghasilkan sperma yg cukup, sihat & berkualiti? Tahukah anda bahawa 24% punca kelewatan mendapat zuriat adalah disebabkan oleh faktor kelamahan suami

                          

3. Adakah ovum & sperma bersenyawa? Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan ovum & sperma tidak bersenyawa. Contohnya salur tiub falopio yg sempit, cecair mukus dalam rahim yg terlalu pekat, hubungan intim yg tidak dilakukan pada hari subur dan sebagainya. Adalah digalakkan bagi setiap pasangan untuk melakukan hubungan intim kira-kira tiga kali seminggu (terutamanya pada hari subur) untuk memastikan kesuburan pasangan berkekalan.
4. Adalah janin (embrio) berjaya melekat di dinding rahim selepas bersenyawa? Kegagalan embrio melekat di dinding rahim juga menyebabkan kegagalan kehamilan normal untuk berlaku.



Jadi, apa yg perlu anda (suami isteri) perlu lakukan?



1. Jika anda seorang perokok, berusahalah untuk berhenti. Tabiat merokok boleh menjadikan sperma lelaki tidak berkualiti & gagal mensenyawakan ovum. Manakala jika wanita merokok, ia mampu menjadikan wanita itu mandul dan tidak boleh hamil.



2. Periksa Body Mass Index (BMI) setiap pasangan. Kedua-dua pasangan perlu memastikan bahawa berat badan mereka adalah normal. Obesiti atau berat badan berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan serta kestabilan hormon lelaki & wanita. Lelaki yg obes menghasilkan cecair semen 60% berbanding mereka yg mempunyai BMI normal. Mereka juga memiliki kira-kira 40% bilangan sperma yg tidak sihat dalam semen mereka. Manakala wanita obes pula amat cenderung untuk mengalami gangguan hormon dan seterusnya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur. Kitaran haid yg tidak teratur menunjukkan ovum tidak dihasilkan secara teratur oleh ovari.



3. Adakah suami atau isteri sering mengalami stress? Perkara ini hampir sememangnya tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika anda sudah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum berhasil. Apa yg anda perlu lakukan adalah berbincang dengan tenang bersama pasangan. Ambil masa untuk meredakan stress yg dihadapi. Pergilah bercuti ataupun berehat untuk menenangkan fikiran di tempat-tempat yg menggembirakan seperti di tepi pantai, pulau dan sebagainya. Pulanglah dan mengadulah kepada Yg Maha Pencipta. Berdoalah dan minta dengan bersungguh-sungguh semoga diberikan petunjuk yg benar untuk menyelesaikan segala kebuntuan anda. Bagi yg beragama Islam, mengerjakan umrah boleh menjadi salah satu ikhtiar yg baik. Allah mungkin akan lebih mendengar doa kita ketika berada di Kota Suci Mekah.



4. Periksa kitaran haid isteri. Adakah haid isteri teratur ataupun ‘tunggang-langgang’? Kitaran haid normal seorang wanita adalah di antara 28-32 hari. Atau adakah si isteri menghadapi kesakitan atau PMS yg terlalu menyakitkan ketika haid? Kitaran haid yg normal dan tidak menyakitkan perlu dimiliki oleh setiap isteri. Ia menunjukkan bahawa tiada gangguan hormon atau risiko ketidaksuburan berlaku kepada si isteri.

5. Berapa kerap anda melakukan hubungan intim? Adalah menjadi lumrah jika kekerapan hubungan intim menjadi berkurangan apabila tahun-tahun perkahwinan bertambah. Namun, dalam usaha mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri perlu sentiasa mempunyai semangat & kesungguhan seperti ‘pengantin baru’. Sikap romantik & mesra itulah yg mewujudkan keterujaan apabila suami isteri bersama. Dan keterujaan ini amat penting sebenarnya dalam usaha untuk menjadikan ovum & sperma tersenyawa.



Jom Sihat dan Berjaya,
sertai kami Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Aida Musfirdaus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pasir gudang johor/kelantan/terengganu
Shaklee ID [ No : 933301 ]
Contact No : 017-7751723
Email : aidabidin5752@gmail.com

punca haid yang tidak teratur dan cara penyelesaiannya

punca haid yang tidak teratur dan cara penyelesaiannya

punca haid yang tidak teratur dan cara penyelesaiannya

Assalamualaikum pembaca Yourhealthshoppe yg dikasihi semua! Post kali ni khusus nak bercerita tentang sesuatu yg amat biasa & berkait rapat dengan seorang wanita. Namun, terdapat juga segelintir wanita yg tidak menyedari tentang kepentingannya ataupun tidak tahu apa yg harus dilakukan sekiranya menghadapi masalah KITARAN HAID tidak teratur atau tidak menentu.


masalah kitaran haid tak teratur


Tahukah anda kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?
Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.


Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yg didatangi haid setiap bulan adalah wanita yg subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur')

Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebutmelakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yg tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yg panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:


  • KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/
  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  • PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  • TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Adakah supplement Shaklee yang mampu membantu wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur ini?
YA! GLA COMPLEX adalah jawapannya!





GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita, ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. Dengan bahan asasnya minyak Bunga Borage, minyak biji bunga matahari serta Vitamin E semulajadi, GLA Complex juga mampu untuk:

» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

» Membantu meningkatkan kesuburan
» Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
» Membantu dalam menangani menopus
» Menguatkan kuku dan rambut
» Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
» Membantu menangai ekzema
» Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
» Menguatkan imuniti tubuh
» Memperlahankan proses penuaan
» Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
» Mengawal kencing manis dan darah tinggi
» Mengawal kolesterol
» Untuk fungsi saraf



Harga retail normal sebotol GLA Complex (60biji): RM91.25 
 SILA HUBUNGI SAYA!


aida
SMS/Whatsapp: .19-7766685
COD: Sekitar Pasir Gudang, Masai dan Seri Alam

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Copyright © 2015 Vitamin Sihat dan Cantik All Right Reserved