Cara makan vivix
Alhamdulillah bulan ni ramai yang beli vivix… nak tahu tak kenapa?… sebab pertama, ada diskaun 5%, sebab kedua, vivix ni boleh bagi banyak manfaat pada keperluan berbeza.. ada yang beli vivix untuk kekal bertenaga, ada yang makan untuk bantu kawal penyakit kronik seperti bantu kawal gula dalam darah, bantu kontrol tekanan darah tinggi, nak cepat sembuh lepas operation, dan sebab yang agak popular, untuk sakit sendi… dan macam macam lagi.
Anda bagaimana?..Excited tak nak makan vivix!! Saya sangat excited masa mula mula nak makan vivix haritu.. Nak tahu pengalaman saya makan vivix?
Sedikit Info mengenai Vivix.
Vivix ialah ekstrak 4 jenis buah dan tumbuhan. Ia tidak mengandungi gula dan berperisa seperti buah anggur yg sgt pekat. Rasanya agak masam masam manis
- Sukatan yang normal ialah 5 ml sekali sehari (lebih kurang satu sudu teh) .
- Seeloknya di ambil selepas makan. **Sesetengah orang tak tahan makan masa perut kosong
- Waktu paling sesuai? Terpulang pada jadual harian masing masing
Cara Saya Makan
Vivix ni mesti simpan dalam peti sejuk jadi untuk saya paling praktikal ialah pada waktu pagi sebelum keluar pergi kerja. Saya pilih untuk ambil pada waktu pagi. Setiap pagi saya akan bancuh 1 tumbler ESP, about 400-500 ml. And selepas minum segelas esp, saya terus minum sesudu vivix dan juga suap sesudu untuk suami saya.
Terlupa?
Ada juga kadang saya terlupa mungkin jika anak merengek pada waktu pagi atau keadaaan lain yang buat pagi jadi sangat hectic. So bila terlupa, saya cuba minum malam (bila teringat). Tapi pengalaman saya masa tu perut kosong so lepas ambil tu rasa berangin sangat perut, jadi lepas tu saya memang pastikan saya makan dengan perut berisi walaupun cuma sebiji kurma.
Jika tengah tidak sihat atau sangat stress saya makan sesudu besar sekali sehari. Ataupun bila terlupa makan, terlepas sehari, esoknya saya ambil lebih sikit… iaitu sesudu besar… Effect dia lebih ketara
Tips Penting
Sebaiknya bila ambil vivix, pastikan sistem perkumuhan kita berjalan lancar, iaitu buang air besar dengan lawas setiap hari. Kenapa? supaya badan dapat serap khasiat maksimum dari vivix. Vivix kan mahal, mestilah nak dapat sepenuhnya manfaat ia kan??
Bagi sesetengah customer saya yang perlu bantuan pelawas, saya advice makan herblax seminggu atau dua minggu ( jika sembelit teruk) sebelum start vivix. Biar usus bersih Herb-Lax bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap SLE hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Iatidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Bila Rasa Kesannya?
Jika ini first time makan, mungkin ambil sedikit masa untuk nampak effect yang ketara. Pengalaman saya sendiri terasa kesannya selepas dua minggu makan vivix. Pada peringkat awal tu tak rasa apa-apa kesan yang obvious tapi saya teruskan juga sebab nak sangat tau apa effect dia
Healing Crisis
Selamat mencuba. Krisis penyembuhan ( healing crisis) boleh berlaku selepas makan vivix. Jangan risau sebab ia bersifat sementara, itu adalah salah satu cara badan nak keluarkan toxin dari dalam badan. Healing crisis yang saya alami selepas ambil vivix ialah sakit kepala. Saya biasa dapat sakit kepala sebagai healing crisis bila ambil supplement tetapi selalunya selepas itu kesihatan saya bertambah baik berkali ganda alhamdulillah. Jadi saya tidak risau bila sakit kepala tu datang.. ia hanya bersifat sementara dan hilang setelah beberapa ketika.
Panduan Umum
Kalau customer saya yang ada kencing manis, darah tinggi atau penyakit kronik yang lain nasihat saya tentang cara makan akan berbeza ikut keperluan dan kesesuaian masing masing. Vivix bukanlah ubat yang boleh menyembuhkan apa apa penyakit kronik, jadi penting untuk faham ia tidak sama seperti ubat.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment