Manfaat-manfaat apabila anda bergerak dengan lebih banyak semasa hamil dapat dilihat dengan serta-merta dan ia berkekalan seumur hidup anda. Bayi anda juga akan mula menuai manfaat-manfaat yang sama ketika dia masih di dalam uterus. Berikut adalah satu senarai mengada anda harus mula bersenam pada hari ini bersama-sama dengan cara-cara untuk mengatasi beberapa halangan yang biasa dihadapi.
1. Anda berkemungkinan kurang menambah berat badan
Kajian-kajian menunjukkan anda mungkin menambah berat sebanyak tujuh paun kurang daripada wanita-wanita hamil yang tidak bersenam, walaupun begitu anda masih kekal di dalam kadar pertambahan berat badan yang sihat.
2. Proses bersalin mungkin akan lebih mudah
Semestinya ia tiada jaminan, tetapi perut yang kuat dan sistem kardiovaskular yang sihat boleh memberikan anda lebih stamina pada tahap meneran. Satu kajian mendapati bahawa ibu-ibu hamil yang melakukan senaman aerobic air prenatal yang kerap adalah 58 peratus kurang kemungkinan meminta ubat-ubat tahan sakit semasa bersalin berbanding dengan mereka yang tidak bersenam.
3. Anda mengurangkan risiko diabetes gestasi sebanyak 27 peratus
Gula darah yang tinggi semasa hamil meletakkan anda pada risiko yang paling ekstrem untuk mendapat Diabetes Jenis II dalam masa sedekad selepas melahirkan anak malah meningkatkan masalah kelahiran pramasa atau bayi yang berlebihan berat badan. Jika anda mengidap diabetes jenis II, (dan ramai juga wanita yang sihat menghidapnya disebabkan oleh genetic dan usia)(ia memainkan satu peranan yang penting),maka, senaman dapat membantu mengelakkan atau melambatkan keperluan anda terhadap insulin atau lain-lain ubat-ubatan.
4. Anda menggalakkan mood yang lebih baik
Bakal-bakal ibu yang aktif melaporkan mood-mood yang lebih baik semasa bersenam atau secara amnya di sepanjang kehamilan mereka, berbanding dengan mereka yang banyak duduk.
5. Anda kurang mengadu kesakitan
Kira-kira dua pertiga daripada wanita hamil mengalami sakit belakang tetapi senaman air dan yoga dapat memberikan kelegaan. Bersenam semasa separuh masa kedua kehamilan adalah amat membantu
.
6. Anda mungkin kurang mengalami sembelit
Saluran usus wanita-wanita hamil selalunya akan tertahan disebabkan oleh paras progesterone yang tinggi dan akibat uterus yang membesar tetapi senaman dan bersama-samasatu diet yang tinggi dengan kandungan serat akan mengekalkan kesihatan sistem percernaan anda.
7. Anda mempunyai lebih banyak tenaga
Pada hari-hari apabila mengangkat alat kawalan jauh seolah-olah seperti satu perbuatan yang amat sukar, maka berjalan selama 10 minit dapat menyegarkan anda semula.
8. Anda akan melahirkan bayi yang lebih kurus
Bayi-bayi yang dilahirkan dengan lemak yang berlebihan adalah secara signifikannya lebih berkemungkinan menjadi seorang kanak-kanak prasekolah yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan ibu-ibu kepada bayi-bayi baru lahir yang mempunyai berat badan berlebihan yang menghidap diabetes gestasi lebih cenderung mendapat diabetes pada masa akan datang.
9. Anda boleh menikamati kefleksibelan yang terbaik di dalam hidup anda
Relaxin, sejenis hormon kehamilan yang melonggarkan sendi-sendi tulangpeivik anda di dalam persediaan untuk kelahiran serta merelakskan sendi-sendi anda yang lain. Dengan regangan-regangan yang berhati-hati seprti yang dilakukan di dalam senaman yoga prenatal, anda boleh mendapat manfaat yang tidak terhingga semasa bersalin.
10. Anda berkemungkinan besar dapat mengelakkan kelahiran menggunakan forsep, pembedahan Caesarean atau lain-lain pencerahan.
Kajian telah mendapati bahawa mereka yang bersenam dengan kerap adalah 75 peratus kurang berkemungkinan melaluia satu kelahiran menggunakan forsep, 55 peratus kurang berkemungkinan melakukan episiotomy dan hamper empat kali ganda kurang berkemungkinan menjalani pembedahan Caesarean.
11. Anda berkemungkinan besar lebih sihat semasa di pertengahan usia
Di dalam satu kajian yang mengikuti perkembangan wanita-wanita selama 20 tahun selepas bersalin, mereka yang bersenam di sepanjang kehamilan dapat berlari sejauh dua batu iaitu dua setengah minit lebih pantas berbanding dengan mereka yang berehat daripada melakukan senaman semas hamil. Mereka yang bersenam secara berterusan juga dapat bersenam lebih lama.
12. Anda akan mendapat perhatian yang positif
Setiap orang akan tersenyum melihat seorang wanita hamil melakukan power walk. Tiada sesiapapun yang lebih popular di gim selain daripada wanita yang menggunakan alat senaman bisep!
13. Anda akan berasa seperti seorang ibu yang seksi
Wanita-wanita yang bersenam di sepanjang kehamilan mempunyai satu imej tubuh yang lebih baik berbanding dengan mereka yang hanya duduk diam selama sembilan bulan.
14. Tempoh masa bersalin anda mungkin akan lebih singkat
Satu kajian penting mendapati bahawa wanita-wanita yang berkeadaan baik yang bersalin secara normal,melakukan latihan berterusan di sepanjang kehamilan melalui kelahiran aktif selama empat jam 24 minit berbanding dengan enam jam 22 minit bagi mereka yang berhenti melakukan latihan lebih awal.
15. Anda belajar untuk menenangkan diri
Dengan penekanan terhadap pernafasan, meditasi dan pergerakan yang menggembirakan, yoga prenatal membantu bakal ibu yang tertekan agar kekal tenang. Tambahan itu, satu amalan yoga prenatal yang teratur dapat mengajar anda melerakskan diri selain daripada berasa tertekan apabila anda berasa tidak selesa dan ia merupakan satu kemahiran yang amat membantu semasa bersalin.
16. Jika anda bersenam di dalam air, anda akan merasai ringan tubuh
Bagi sesetengah wanita, berenang atau melakukan aerobic air dapat memberikan satu-satunya kelegaan bagi sakit kaki dan bengkak buku lali.
17. Anda berkemungkinan kurang mengalami bengkak pada kaki.
Tubuh anda menyerap lebih banyak air semasa hamil dan uterus anda memberi tekanan pada urat-urat anda serta melemahkan pengembalian darah ke jantung. Senaman boleh mengehadkan bengkak dengan memperbaiki pengaliiran darah.
18. Anda mungkin kurang cenderung mengalami mabuk hamil
Walaupun rasa loya memberhentikan ramai wanita daripada bersenam, terdapat juga ramai bakal ibu melaporkan bahawa mereka berasa kurang berasa loya selepas melkukan senaman dan senaman itu sendiri mengenepikan fikiran mereka terhadap rasa loya buat sementara waktu.
19. Anda mungkin menggalakkan potensi atletik bayi anda
Satu kajian mendapati bahawa mereka yang berusia 20-an yang terdedah dengan senaman di dalam uterus menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam sukan berbanding dengan mereka yang sebaya di mana ibu-ibu mereka tidak bersenam semasa hamil.
20. Anda pulih lebih cepat selepas bersalin
Berbanding dengan bakal-bakal ibu yang tidak aktif semasa hamil, mereka yang bersenam lebih berkemungkinan besar bersosial dan menikmati hobi serta hiburan slepas bersalin. Mereka seolah-olah dapat mengharungi permintaan terhadap perjalanan keibuan dengn lebih baik.
21. Anda berkemungkinan lebih sihat dan ramping apabila anak anda mula ke kolej
20 tahun lalu, wanita-wanita sihat yang bersenam di sepanjang kehamilan menambah berat badan sebanyak tujuh paun setengah berbanding dengan 22 paun bagi wanita yang berehat sewaktu hamil dan kemudian menyambung semula bersenam selepas bersalin. Mereka yang bersenam secara berterusan juga mempunyai paras kolesterol yang lebih rendah dan kadar degupan jantung yang merehatkan.
22. Rasa yakin dan sempurna memenuhi diri anda
Menamatkan satu prenatal power walk menjadikan anda berasa seperti Berjaya menakluki dunia!
23. Anak anda akan mempunyai jantung yang lebih sihat
Bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu-ibu yang melakukan senaman mempunnyai jantung yang lebih efisien berbanding dengan mereka tidak bersenam dan paras kecergasan kardio yang lebih tinggi ini nampaknya akan berkekalan sehinnga bayi tersebut mencecah usia kanak-kanak.
24. Jika anda merokok, senaman dapat membantu menghentikan tabiat tersebut
Di dalam satu kajian kecil, ibu-ibu hamil yang merokok dilaporkan bahawa senaman memberikan mereka keyakinan untuk berhenti merokok, mengurangkan rasa mengidam terhadap rokok, memberikan mereka lebih tenaga dan membantu mereka berasa lebih seperti seorang yang tidak merokok.
25. Anda mungkin dapat tidur dengan lebih baik
Sesetengah wanita hamil yang bersenam mengatakan bahawa mereka berasa mengantuk dengan lebih cepat, tidur dengan lebih baik dan lebih lama berbanding dengan ibu-ibu yang tidak aktif.
26. Anda akan dapat berjumpa dengan bakal-bakal ibu yang lain semasa di kelas pra-natal
Dapatkan nombor telefon mereka dan anda mungkin dapat berjumpa semula dengan mereka untuk temujanji bermain dengan si kecil.
27. Anda akan merendahkan risiko penyebab No.1 kelahiran pramatang
Penyebab no.1 itu adalah pre-eklampsia, sejenis komplikasi yang melibatkan tekanan darah tinggi dan protein berlbihan di dalam air kencing. Kira-kira lima peratus hingga lapan peratus wanita-wanita hamil menghidapnya dan jumlah tersebut semakin meningkat.
28. Anda berkemungkinan besar dapat mengelakkan depresi pra-natal
Ini terutamanya benar jika anda bersenam di luar kerana cahaya yang terang mempunyai kesan anti-depresi. Kira- kira 12 hingga 20 peratus wanita-wanita hamil mengalami depresi yang mana ia dikaitkan dengan kekurangan tidur dan masalah rumahtangga selepas bersalin.
29. Anda berasa lebih terkawal
Apabila tubuh anda berubah dari setiap segi dan seluruh hidup anda mengalami perubahan yang besar, satu rutin senaman yang teratur menawarkan kekonsistenan dan pengetahuan bahawa anda melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri anda dan bayi.
30. Anda nampak lebih elok
Senaman meningkatkan pengaliran darah pada kulit yang mana ia sekaligus meningkatkan keserian kehamilan. Tambahan itu, apabila anda lebih tenang dan lebih sihat, keserian tersebut akan lebih menyerlah.
31. Anak-anak anda dapat membesar menjadi seorang yang lebih bijak
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mana ibu-ibu mereka bersenam sepanjang kehamilan mempunyai memori yang kebih baik dengan tambahan skor-skor yang lebih tinggi di dalam ujian-ujian kecerdasan dan bahasa.
32. Anda mencuba untuk melakukan pelbagai senaman
Kehamilan selalunya memaksa anda mencuba sesuatu seperti berenang, berlari, melakukan pilates dan sebagainya.
33. Anda mengaktifkan sistem imun anda
Senaman yang sederhana seperti berjalan, merendahkan risiko anda mendapat selesema (kepada separuh). Pengkaji-pengkaji percaya bahawa data tersebut terpakai kepada ibu-ibu yang bersenam juga.
0 comments:
Post a Comment