Breaking News
Loading...
Wednesday, 6 May 2015

MENGAPA LEWAT DAPAT ZURIAT,

MENGAPA LEWAT DAPAT ZURIAT, 


Kemandulan adalah suatu perkara yg agak sukar untuk dibicarakan dalam kalangan umum. Sesetengah orang beranggapan bahawa isu ini merupakan suatu perkara yg amat sensitif dan kurang enak untuk dibincangkan; terutamanya di kalangan mereka yg sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya yg tidak mampu untuk mendapat zuriat disebabkan oleh kemandulan. Manakala majoritinya pula hanya mengalami beberapa masalah berkaitan kesuburan yg boleh dirawat.




Kebiasaannya, 84% pasangan yg tinggal bersama akan mendapat cahaya mata dalam masa setahun perkahwinan mereka. Peratusan ini akan berkurangan untuk jangka masa yg seterusnya. Manakala bagi pasangan yg sudah lebih 2 tahun berkahwin, dan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan kehamilan, tetapi masih belum mendapat zuriat, mereka dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan sesi akunseling ataupun rawatan bersama doktor. Sebaiknya pemeriksaan dan rawatan ini dilakukan bersama doktor pakar gynaecology & obstetrik (pakar sakit puan). Pemeriksaan bersama doktor pakar ini akan lebih terperinci dan lebih bertepatan dengan tujuan utama anda untuk mendapatkan cahaya mata. Anda juga tidak perlu membazirkan masa & wang untuk ke sana ke mari mendapatkan nasihat & rawatan daripada beberapa doktor yg tidak pakar dalam bidang ini.



Apakah antara punca lewat mendapat anak atau zuriat?



Ada beberapa persoalan yg perlu diketahui oleh setiap pasangan suami isteri; khususnya yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat iaitu:

1. Adakah si isteri menghasilkan ovum? Tahukah anda bahawa tiadanya penghasilan ovum (anovulation) menyumbangkan 21% kepada faktor kelewatan hamil atau kemandulan!

2. Adakah si suami menghasilkan sperma yg cukup, sihat & berkualiti? Tahukah anda bahawa 24% punca kelewatan mendapat zuriat adalah disebabkan oleh faktor kelamahan suami

                          

3. Adakah ovum & sperma bersenyawa? Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan ovum & sperma tidak bersenyawa. Contohnya salur tiub falopio yg sempit, cecair mukus dalam rahim yg terlalu pekat, hubungan intim yg tidak dilakukan pada hari subur dan sebagainya. Adalah digalakkan bagi setiap pasangan untuk melakukan hubungan intim kira-kira tiga kali seminggu (terutamanya pada hari subur) untuk memastikan kesuburan pasangan berkekalan.
4. Adalah janin (embrio) berjaya melekat di dinding rahim selepas bersenyawa? Kegagalan embrio melekat di dinding rahim juga menyebabkan kegagalan kehamilan normal untuk berlaku.



Jadi, apa yg perlu anda (suami isteri) perlu lakukan?



1. Jika anda seorang perokok, berusahalah untuk berhenti. Tabiat merokok boleh menjadikan sperma lelaki tidak berkualiti & gagal mensenyawakan ovum. Manakala jika wanita merokok, ia mampu menjadikan wanita itu mandul dan tidak boleh hamil.



2. Periksa Body Mass Index (BMI) setiap pasangan. Kedua-dua pasangan perlu memastikan bahawa berat badan mereka adalah normal. Obesiti atau berat badan berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan serta kestabilan hormon lelaki & wanita. Lelaki yg obes menghasilkan cecair semen 60% berbanding mereka yg mempunyai BMI normal. Mereka juga memiliki kira-kira 40% bilangan sperma yg tidak sihat dalam semen mereka. Manakala wanita obes pula amat cenderung untuk mengalami gangguan hormon dan seterusnya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur. Kitaran haid yg tidak teratur menunjukkan ovum tidak dihasilkan secara teratur oleh ovari.



3. Adakah suami atau isteri sering mengalami stress? Perkara ini hampir sememangnya tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika anda sudah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum berhasil. Apa yg anda perlu lakukan adalah berbincang dengan tenang bersama pasangan. Ambil masa untuk meredakan stress yg dihadapi. Pergilah bercuti ataupun berehat untuk menenangkan fikiran di tempat-tempat yg menggembirakan seperti di tepi pantai, pulau dan sebagainya. Pulanglah dan mengadulah kepada Yg Maha Pencipta. Berdoalah dan minta dengan bersungguh-sungguh semoga diberikan petunjuk yg benar untuk menyelesaikan segala kebuntuan anda. Bagi yg beragama Islam, mengerjakan umrah boleh menjadi salah satu ikhtiar yg baik. Allah mungkin akan lebih mendengar doa kita ketika berada di Kota Suci Mekah.



4. Periksa kitaran haid isteri. Adakah haid isteri teratur ataupun ‘tunggang-langgang’? Kitaran haid normal seorang wanita adalah di antara 28-32 hari. Atau adakah si isteri menghadapi kesakitan atau PMS yg terlalu menyakitkan ketika haid? Kitaran haid yg normal dan tidak menyakitkan perlu dimiliki oleh setiap isteri. Ia menunjukkan bahawa tiada gangguan hormon atau risiko ketidaksuburan berlaku kepada si isteri.

5. Berapa kerap anda melakukan hubungan intim? Adalah menjadi lumrah jika kekerapan hubungan intim menjadi berkurangan apabila tahun-tahun perkahwinan bertambah. Namun, dalam usaha mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri perlu sentiasa mempunyai semangat & kesungguhan seperti ‘pengantin baru’. Sikap romantik & mesra itulah yg mewujudkan keterujaan apabila suami isteri bersama. Dan keterujaan ini amat penting sebenarnya dalam usaha untuk menjadikan ovum & sperma tersenyawa.



Jom Sihat dan Berjaya,
sertai kami Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Aida Musfirdaus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pasir gudang johor/kelantan/terengganu
Shaklee ID [ No : 933301 ]
Contact No : 017-7751723
Email : aidabidin5752@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Vitamin Sihat dan Cantik All Right Reserved